Tuesday, April 27, 2010

latar


Upin dan Ipin ialah sepasang adik-beradik kembar berusia tadika yang tinggal bersama kakak Ros dan Opah serumah di Kampung Durian Runtuh, setelah kematian kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu masih bayi. Upin dan Ipin bersekolah di Tadika Mesra yang terletak dalam kawasan kampung, di mana mereka berkawan dengan ramai kanak-kanak yang bermacam-macam ragamnya, antaranya Mei Mei yang comel dan berpemikiran waras, Jarjit Singh yang gemar berjenaka dan berpantun, Ehsan yang penyepi, cemerkap dan kuat makan, Fizi (sepupu Ehsan) yang penuh yakin diri tetapi suka memerli, dan Mael yang berdaya keusahawanan dan pandai berkira.

Kampung Durian Runtuh diketuai oleh Isnin bin Khamis yang lebih dikenali sebagai Tok Dalang kerana merupakan pakar wayang kulit. Tok Dalang menjaga segagasan pokok rambutan untuk tujuan komersil dan membela ayam jantan bernama Rembo. Antara penduduk-penduduk lain Kg Durian Runtuh yang dikenali termasuk Muthu, pegerai makanan kampung yang tinggal bersama anaknya Rajoo dan lembu peliharaannya Sapy; Sally, seorang bapuk yang bermulut pedas; dan Ah Tong, peniaga tanaman yang kuat bercakap. Kampung Durian Runtuh juga didatangi oleh seorang gadis bernama Susanti yang berpindah sekeluarga dari Indonesia.

gambar






latarbelakang

Upin & Ipin
Genre Animasi
Ciptaan Mohd Nizam Abd Razak
Mohd Safwan Abdul Karim
Dimajukan oleh Les' Copaque Production Sdn Bhd
Pelakon suara Nur Fathiah Diaz (musim 1–3)
Asyiela Putri (musim 4)
Hjh. Ainon Ariff
Ida Shaheera
Ida Rahayu Yusoff
Mohd Shafiq Mohd Isa
Komposer lagu tema Yuri Wong
Negara asal Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan musim 4
Bilangan episod (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi
Hajjah Ainon Arifi
Tempoh siaran 5 minit per episod (musim 1–2)
7 minit per episod (musim 3–4)
Penyiaran
Saluran asal TV9
Format gambar 4:3 (576i)
Format audio Stereo
Siaran asal 14 September 2007
Kronologi
Rancangan berkaitan Geng: Pengembaraan Bermula (filem)
BoBoiBoy
Pautan luar
Laman rasmi

Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui empat musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Upin & Ipin: Angkasa yang dijangka keluar pada tahun 2011.