Tuesday, April 27, 2010

latar


Upin dan Ipin ialah sepasang adik-beradik kembar berusia tadika yang tinggal bersama kakak Ros dan Opah serumah di Kampung Durian Runtuh, setelah kematian kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu masih bayi. Upin dan Ipin bersekolah di Tadika Mesra yang terletak dalam kawasan kampung, di mana mereka berkawan dengan ramai kanak-kanak yang bermacam-macam ragamnya, antaranya Mei Mei yang comel dan berpemikiran waras, Jarjit Singh yang gemar berjenaka dan berpantun, Ehsan yang penyepi, cemerkap dan kuat makan, Fizi (sepupu Ehsan) yang penuh yakin diri tetapi suka memerli, dan Mael yang berdaya keusahawanan dan pandai berkira.

Kampung Durian Runtuh diketuai oleh Isnin bin Khamis yang lebih dikenali sebagai Tok Dalang kerana merupakan pakar wayang kulit. Tok Dalang menjaga segagasan pokok rambutan untuk tujuan komersil dan membela ayam jantan bernama Rembo. Antara penduduk-penduduk lain Kg Durian Runtuh yang dikenali termasuk Muthu, pegerai makanan kampung yang tinggal bersama anaknya Rajoo dan lembu peliharaannya Sapy; Sally, seorang bapuk yang bermulut pedas; dan Ah Tong, peniaga tanaman yang kuat bercakap. Kampung Durian Runtuh juga didatangi oleh seorang gadis bernama Susanti yang berpindah sekeluarga dari Indonesia.

No comments:

Post a Comment